Amalan Ketika Berwudhu -->

Iklan Kiri

Amalan Ketika Berwudhu

Samsul Arifin
Sunday, November 25, 2018

AMALAN KETIKA BERWHUDU
Ketika Ambil Wudu niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,

"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.
"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqim nanti".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".
Mari kita amalkan bersama...semoga bermanfaat