Nikmat Syurga dan Dahsyatnya Neraka -->

Iklan Kiri

Nikmat Syurga dan Dahsyatnya Neraka

Samsul Arifin
Thursday, December 27, 2018

Nikmat Syurga dan Dahsyatnya Neraka

Sahabat yang dimuliakan,
Salah satu kepercayaan dan keyakinan perkara-perkata yang ghaib adalah mempercayai dan menyakini bahawa adanya Syurga dan Neraka.


Firman Allah s.w.t maksudnya : “Peliharalah dirimu dari Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya..” (Surah Al-Baqarah ayat 24-25).

Mengimani Syurga dan Neraka bererti membenarkan dengan pasti akan kewujudan keduanya, dan meyakini bahwa keduanya merupakan makhluk yang dikekalkan oleh Allah s.w.t., tidak akan punah dan tidak akan binasa, dimasukkan kedalam Syurga segala bentuk kenikmatan dan ke dalam Neraka segala bentuk penyiksaan.

Kita wajib mengimani bahwa Syurga dan Neraka telah tercipta dan keduanya saat ini telah disiapkan oleh Allah s.w.t.. Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai Syurga maksudnya : “..yang telah disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa” (Surah Ali Imran ayat 133), dan mengenai Neraka maksudnya : “..yang telah disediakan untuk orang-orang yang kafir.” (Surah Ali Imran ayat 131). 

Syurga dan Kenikmatannya :
Allah s.w.t. telah menggambarkan kenikmatan Syurga melalui berbagai macam cara. Kadangkala Allah s.w.t ingin menguji manusia untuk berfikir melalui firman-Nya dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Ku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh (di dalam Syurga), iaitu apa yang tak pernah dilihat mata, tak pernah didengar telinga, dan tak pernah terlintas dalam hati semua manusia”, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Bacalah jika kalian mau, ‘Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang’ (Surah As-Sajdah : 17)”. 

Di tempat lain, Allah membandingkan kenikmatan Syurga dengan dunia untuk menjatuhkan dan merendahkannya. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Tempat cemeti di dalam Syurga lebih baik dari dunia dan seisinya”.

Kenikmatan Syurga juga Allah s.w.t. gambarkan dengan menyebut manusia yang berhasil memasuki Syurga dan selamat dari adzab Neraka, sebagai orang yang beroleh kemenangan yang besar. Sebagaimana Allah s.w.t maksudnya : “Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya kedalam Syurga yang mengalir didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar” (Surah An-Nisaa’ ayat 13)

Berikut ini akan kami pilihkan beberapa sifat dan kenikmatan yang ada di dalam Syurga secara ringkas. Semoga Allah mudahkan kita untuk memperolehinya dan dapat memasukinya.

Penamaan Syurga
Syurga (Al Jannah) secara bahasa bemaksud kebun (Al bustan), atau kebun yang di dalamnya terdapat pokok-pokok yang rendang. Secara istilah, Syurga ialah nama yang umum mencakup suatu tempat (yang telah dipersiapkan oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang mentaati-Nya), di dalamnya terdapat segala macam kenikmatan, kelezatan, kesenangan, kebahagiaan, dan kesejukan pandangan mata.

Syurga juga disebut dengan berbagai macam nama selain Al Jannah, diantaranya : 

1. Darus Salam (Negeri Keselamatan; lihat Surah Yunus ayat 25), 

2. Darul Khuld (Negeri yang Kekal; lihat Surah Qaaf ayat 34), 

3. JannatunNa’im (Syurga yang Penuh Kenikmatan; Surah Luqman ayat 8), 

4. Al Firdaus (Surah Al Kahfi ayat 108), dan berbagai penamaan lainnya.

Pintu-Pintu Syurga
Syurga memiliki pintu-pintu. Dalam sebuah hadis dari shahabat Sahl bin Sa’ad radhiyallaahu anhu dari Rasulullah s.a.w. : “Di dalam Syurga terdapat delapan pintu, diantaranya adalah Ar Rayyan. Tidak ada yang memasukinya kecuali orang-orang yang berpuasa”.

Dari Utbah bin Ghazawan radhiyallaahu anhu, beliau berkata mengenai lebar tiap pintu Syurga, “Rasulullah bersabda kepada kami bahwasanya jarak antara daun pintu ke daun pintu Syurga lainnya sepanjang perjalanan empat puluh tahun, dan akan datang suatu hari ketika orang yang memasukinya harus berdesakan”.

Tingkatan Surga
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Syurga terdiri atas seratus tingkat, jarak antara dua tingkatnya seper