Kita yang merancang tapi ALLAH yang menentukan -->

Iklan Kiri

Kita yang merancang tapi ALLAH yang menentukan

Samsul Arifin
Monday, January 07, 2019

Kita manusia sentiasa merancang yang terbaik di hari-hari dalam hidup kita tapi tak semua apa yang kita rancang berjalan seperti yang kita inginkan.

Kita tak pernah rancang untuk untuk bersedih, kecewa dan derita.

Kadang-kadang bila kita berusaha keras, kita dapat apa yang kita harapkan tapi seringkali apa yang kita mahu dan apa yang kita dapat berbeza.

Kita merancang tapi ALLAH yang menentukan.

Kadang-kadang agak susah untuk kita fahami apa yang ALLAH rancangkan untuk kita.

Apatah lagi segala ketentuanNya itu tak sama atau berbeza dengan apa yang kita mahukan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kau menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

(Surah Al Baqarah : 216)

Muhasabah Diri