Korbankan Masamu Untuk Berzikir Kepada Allah -->

Iklan Kiri

Korbankan Masamu Untuk Berzikir Kepada Allah

Samsul Arifin
Sunday, January 20, 2019

KORBANKAN MASAMU UNTUK BERZIKIR KEPADA ALLAH 

Marilah kita sama-sama berusaha, bermujahadah mengorbankan sedikit waktu kita pada setiap hari untuk kita berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى tidak kira dalam keadaan kita sedang duduk, berdiri ataupun baring.

Bersendirian ataupun dalam perkumpulan maka ajarkan diri kita untuk sentiasa ingat kepada Allah. Basahkan lidah kita dengan zikirullah.

Al-Allamah Syeikh Abdul Hadi Al-Kharsa Hafidzohullah menyebut ketika beliau mensyarahkan kitab Ummu Barahin:

Berkata Imam Baijuri Rahimahullah dalam kitab Syarah As-Sanusiyyah: 

Kalimah لا اله الا الله sewajarnya diucapkan oleh orang awam dalam sehari adalah sebanyak 300 kali, manakala bagi guru-guru dan penuntut ilmu sehari sebanyak 12 000 kali

Jangan lupa amalkan setiap hari untuk beristighfar sekurang-kurangnya 100 kali, membaca sayyidul istighfar 3 kali pagi dan 3 kali petang ataupun sebelum tidur, berselawat sebanyak 300 kali, mengucapkan kalimah tayyibah sebanyak 300 kali dan andaikata diberikan kekuatan, kelapangan cuba amalkan zikir harian Imam Al-Ghazali Rahimahullah. Tak dapat buat 1 000 kali maka kita cuba buat sebanyak 100 kali dulu.

Ini semua agar kalimah ini menjadi darah daging untuk meraih kebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat

Semoga Allah سبحانه وتعالى memberikan kepada kita semua kekuatan untuk kita sentiasa ingat kepada-Nya, dapat berzikir dengan sebanyak-banyaknya pada setiap hari

ALLAMAH SYEIKH ABDUL HADI 
AL-KHARSA HAFIDZOHULLAH