Apabila nafsu menguasai diri Maka akan gelap gulitalah cahaya hati -->

Iklan Kiri

Apabila nafsu menguasai diri Maka akan gelap gulitalah cahaya hati

Samsul Arifin
Sunday, January 27, 2019

Apabila nafsu menguasai diri
Maka akan gelap gulitalah cahaya hati

Apabila hati diselimut gulita
Akan sempitlah fungsi akal

Bila akal diseret dan tersempit
Akan buruklah tingkah lakunya

Bila kelakuan menjadi buruk
Akan dibenci kebanyakan makhluk

Bila telah dibenci kebanyakan makhluk
Jadilah ia pengikut syaitan terkutuk

Bila menjadi budak syaitan terkutuk
Semakin terhijab dari Tuhan Rabbun Ghafur,

Nafsu ada hawa yang tersembunyi 
Yang sentiasa berusaha menakluk hati
Bila seseorang selesa mengikuti
Akan terjerumulah diri kejalan neraka Ilahi

Menentang nafsu, adalah penentangan yang paling sukar
Kerana manusia harus menentang melawan diri
Nafsu musuh yang tidak berlembaga
Hadirnya sukar untuk dirasa
Sulit untuk membeza
Antara kemahuan nafsu dan kemahuan suka rela hamba 

Nafsu tak bisa dijangka 
Tidak berlembaga
Tak bisa dilihat oleh mata
Kerana nafsu sentiasa ditanah jiwa
Merasuk dan menghasut manusia
Agar menakluki kesedapan dunia

KERANA NAFSU TAK PERNAH KENAL DOSA DAN PAHALA