Bagaimana mengenali Seorang Wahabi ? -->

Iklan Kiri

Bagaimana mengenali Seorang Wahabi ?

Samsul Arifin
Saturday, February 09, 2019

BAGAIMANA MENGENALI SEORANG WAHHABI ?

1. Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin.

2. Mengatakan Allah ada di langit dan bersemayam di atas Arasy. Dan ini adalah pegangan akidah mereka.

3. Membagi tauhid kepada tiga (Tauhid 3) iaitu: tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan asma' wa sifat.

4. Menolak amalan menyebut lafas niat solat (USOLLI).

5. Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika berselawat.

6. Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat.

7. Menolak zikir, wirid dan doa berjamaah setelah solat di masjid/musolla/tempat tertentu. Bagi mereka tidak ada wirid selepas solat fardhu secara berjamaah.

8. Menolak amalan membaca Yaasiin berjamaah pada malam Jumaat di masjid/musolla/tempat tertentu.

9. Menolak amalan solat Tarawih 20 raka'at. Mereka sering mencanang hanya 8 rakaat walhal di Mekah buat 20 rakaat.

10. Menolak amalan baca Yaasiin 3 kali pada malam nishfu Sya'ban. Sehingga bacaan Yaasiin menjadi taboo bagi mereka.

11. Menolak amalan membaca doa akhir dan awal tahun.

12. Menolak bacaan Talqin ketika pengebumian mayat. Bagi mereka pelaku telah murtad kerana melakukan bid'ah dholalah.

13. Menolak Tahlil dan kenduri arwah.

14. Menolak bacaan Barzanji dan Marhaban.

15. Menolak amalan selawat syifa', selawat fatih, selawat nariyah, selawat tafrijiah. Pendekata semua pujian qasidah adalah bid'ah.

16. Menolak sambutan Maulidur Rasul.

17. Menolak amalan ziarah makam Nabi/makam auliya'.

18. Menolak bacaan Tarhim dan bacaan Al-Quran sebelum azan Subuh menggunakan pengeras suara.

19. Mengatakan tiada solat Qabliyah Jumaat.

20. Menolak amalan membaca teks ketika khutbah.

21. Menolak tasawuf dan tarekat.

22. Menolak mengikut MAZHAB. Maksudnya tidak terikat dengan satu mazhab sahaja.

23. Mengatakan bid'ah tidak ada yang hasanah, semua bid'ah adalah sesat (dholalah).

24. Menolak beramal dengan hadits dhoif. Mereka hanya terima hadits sahih sahaja. Memperlakukan hadits dhoif seperti hadits palsu.

25. Menolak amalan Tawassul dengan orang yang sudah meninggal dunia. Malahan sedekah Fatihah tidak sampai kepada si-mati.

26. Menolak amalan Tabarruk selain dari Nabi SAW. Iaitu tabarruk dengan para Sahabat yang mulia dan para Waliullah.

27. Menolak amalan Istighoutsah. 

28. Mengatakan Talak Tiga sekaligus cuma jatuh talak satu.

29. Menolak manhaj Asya'ariyah dan Maturidiyah, ada fatwa ulama mereka mengatakan Imam Asya'ari telah kafir.

30. Menolak pembelajaran Sifat 20, malah menyifatkan Sifat 20 adalah cedukan ilmu dari ajaran Yunani.